Usahawan Satay Permatang Janggus
Yayasan Jariah- Aafiyat bersama YB Hj Amir Hamzah ADUN Permatang Pasir,Pulau Pinang
.
Permatang Janggus, 6 Februari 2024 – Yayasan Jariah – Aafiyat bersama-sama ADUN Permatang Pasir,YB Amir Hamzah dalam menyantuni usahawan YJA dan turut menyampai serahan bantuan kepada usahawan En Hafizal yang diwakili isterinya.
.
Usahawan En.Hafizal bersama isterinya telah membuka gerai Satay pada waktu malam dan bekerja kontrak pembersihan pada siang hari. Usaha dan kegigihan menambah pendapatan membuatkan Yayasan Jariah- Aafiyat terpanggil untuk membantu.
.
Pihak Yayasan Jariah – Aafiyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Hj Amir Hamzah kerana sudi sertai turun padang dan melapangkan diri bersama-sama kami dalam menyantuni usahawan ini.
.
Kerjasama menyantuni usahawan ini merupakan pendekatan yang ingin dibawa YJA bersama ADUN setempat dalam mengenalpasti usahawan tempatan yang berkelayakkan dan berpotensi untuk dibantu perniagaan mereka bagi menambah pendapatan keluarga.