SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI 1445H
.
SUNGAI PETANI (4 APRIL 2023)- Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Bagi Tahun 1445H/2024 telah diserikan dengan penyempurnaan majlis oleh Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong, Kedah, Dato’Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Menara MP SPK, Majlis Perbandaran Sungai Petani pada pagi ini. Majlis ini dianjurkan oleh Yayasan Sultanah Bahiyah dengan Kerjasama Yayasan Jariah-Aafiyat dan beberapa Syarikat yang lain.
.
Turut hadir sama di majlis tersebut adalah Yang Teramat Mulia Datin Paduka Dato’ Tunku Hajah Nafisah Binti Almarhum Sultan Badlishah, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat & Jawatankuasa Audit, Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pengerusi Projek Pendidikan YSB, Yang Berbahagia Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Ahli Lembaga Amanah YSB, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan ( Projek Titian Bistari), Yang Berbahagia Dato’ Ustazah Hajjah Siti Ashah binti Haji Ghazali DSDK, AMK, ADUN N33 Merbau Pulas.
.
Sumbangan Hari Raya Aidilfitri ini diberikan kepada 350 orang penerima yang terdiri daripada 250 isi rumah tidak berkemampuan dan 100 orang anak yatim. Setiap penerima telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai beserta barangan produk Olive House daripada Aafiyat Marketing Sdn Bhd.
.
Presiden Aafiyat Group merangkap pengerusi Yayasan Jariah-Aafiyat berkesempatan menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada tetamu terhormat majlis iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong, Kedah, Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah kerana telah memberi peluang untuk turut serta menjayakan majlis yang gilang gemilang ini
.
Diharapkan bantuan yang telah diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta memberikan keceriaan kepada penerima dalam menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Pihak Yayasan Jariah-Aafiyat ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyampaian bantuan ini.
.
“No gift is too small to make a difference”