PENYERAHAN BANTUAN PENDIDIKAN KEPADA AREES TRAINING CENTER.

15 MEI 2024 – Semalam telah berlangsung penyerahan sumbangan sebanyak RM 10,000 oleh Yayasan Jariah-Aafiyat kepada Dr Isam Rajab yang merupakan Executive Director of Aress Training Center. Majlis turut disempurnakan dengan kehadiran 2 Pemegang Amanah Yayasan Jariah, Ustaz Aidil Azwal dan Pn. Fadhlon Alwee Alkaff.
.
Tujuan sumbangan ini adalah untuk memberikan sokongan terhadap pihak Arees dalam menggerakkan pengajian mereka membantu para penuntut yang bersungguh dalam mendalami Islam dalam Bahasa Inggeris, Arab dan Sepanyol. Selain itu, sumbangan ini juga bertujuan mengukuhkan manfaat ‘pillar’ Aafiyat Education oleh Yayasan Jariah- Aafiyat dalam melestarikan pendidikan.