Berkongsi Kegembiraan Bersama Mereka
16 Mac 2024, Alor Setar – Yayasan Jariah – Aafiyat menyampaikan baju baharu dan sumbangan wang kepada 20 orang anak yatim yang majoritinya telah kehilangan ibu dan bapa mereka.
.
Bagi berkongsi kegembiraan dan melihat wajah ceria pada anak-anak ini, pihak Yayasan bekerjasama dengan pihak Jakel dan Olive House telah membawa mereka untuk membeli belah pakaian baharu bersempena Ramadan dan Syawal bakal menjelma di Jakel, Alor Setar dan berbuka puasa di Menara Alor Setar.
.
Penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Jariah – Aafiyat, Ustaz Aidil Azwal Zainudin bersama selebriti Alif Satar di Aman Central, Alor Setar.
.
Turut hadir serta pada program ini pengurusan Aafiyat Group, Ikon Aafiyat iaitu Dr Zubaidi,Dr Wan Share, Jakel Alor Setar, KDA FC, Perkim dan disaksikan para pengunjung Aman Central, Alor Setar Kedah.
.
Diharap sumbangan ini dapat memberi kegembiraan dan keceriaan buat anak-anak ini menyambut lebaran pada tahun ini.
Pihak Yayasan Jariah – Aafiyat merakam ucapan terima kasih kepada rakan kerjasama Jakel Alor Setar, KDA FC dan seluruh warga kerja yang bersama-sama untuk program bantuan raya kepada 20 penerima anak yatim piatu terpilih ini.
.
“No Gift is to small to make a difference”